Home

Perniagaan Bumi Suci Enterprise menjalankan perniagaan seperti memproses, mengeluar dan mengedar produk halal dan suci terutama bahan mentah berkaitan kek, roti, bahan membuat ais krim serta keju. Matlamat perniagaan kami adalah mengeluar dan mengedarkan produk halal dan bermutu tinggi serta dapat membantu pengusaha Bumiputra di seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak supaya mendapatkan bahan mentah yang halal serta bermutu tinggi dan meningkatkan jualan produk mereka. Kami juga mengedarkan bahan bahan mentah seperti emulsifier dan stabilizer yang dijual dengan kuantiti minima kepada pengusaha bumiputra atau kepada sesiapa yang ingin membuat kajian makanan. Beberapa produk kami mendapat kerjasama dari salah satu Makmal Kimia Universiti tempatan untuk pengesahan DNA terutama DNA dari sumber khinzir.